Skip to main content

Malaysia

Buaya tembaga dikesan berkeliaran di jeti APMM Kemaman

Pihak APMM akan meneruskan pemantauan bagi memastikan keselamatan orang ramai serta mengesan kehadiran buaya di sekitar jeti APMM Kemaman. - Gambar hiasan
Pihak APMM akan meneruskan pemantauan bagi memastikan keselamatan orang ramai serta mengesan kehadiran buaya di sekitar jeti APMM Kemaman. - Gambar hiasan
Advertisement

CHUKAI: Seekor buaya tembaga dikesan berkeliaran di sekitar jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kemaman di muara Sungai Kemaman dekat sini sejak semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu Dennis Ten berkata pihaknya melakukan pemantauan berkala di jeti berkenaan selepas menerima laporan mengenai reptilia itu.

Beliau berkata Perhilitan Terengganu menerima maklumat mengenai video tular di sosial media memaparkan haiwan itu berkeliaran berhampiran jeti pada 4.40 petang semalam.

Advertisement

"Susulan maklumat itu empat anggota Perhilitan Daerah Kemaman digerakkan ke lokasi pada 8 malam tadi bagi menjalankan siasatan.

"Hasil pemeriksaan di lokasi bagaimanapun tidak menemukan kelibat buaya berkenaan namun berdasarkan keterangan anggota APMM, reptilia itu dipercayai dilihat semula di kawasan tersebut pada 4 pagi semalam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Dennis berkata pihaknya akan meneruskan pemantauan bagi memastikan keselamatan orang ramai serta mengesan kehadiran haiwan itu.

-- BERNAMA

 

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement