Skip to main content
Kualiti pendidikan tinggi negara kekal diiktiraf - MQA

Kualiti pendidikan tinggi negara kekal diiktiraf - MQA

Kualiti pendidikan tinggi negara kekal diiktiraf pada peringkat antarabangsa dan tidak mempunyai kaitan dengan isu kebolehpasaran graduan tempatan.
Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Profesor Datuk Mohammad Shatar Sabran berkata, graduan perlu memiliki nilai tambah dan pelbagai kemahiran bagi membolehkan mereka bersaing dalam pasaran pekerjaan yang semakin mencabar.