Laporan insiden letupan bom tangan Kem Hobart dijangka siap pertengahan Julai - Khaled
Laporan penuh siasatan berhubung insiden letupan bom tangan di Kem Hobart, Gurun, Kedah dijangka akan diserahkan kepada Kementerian Pertahanan pada pertengahan Julai ini. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebarang tindakan lanjut akan diputuskan selepas pihaknya menerima hasil dapatan berkenaan.