COP31: Turkiye lancar ikrar AI mampan, sembilan negara sertai
Turkiye selaku tuan rumah Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP31) melancarkan ikrar berkaitan kecerdasan buatan (AI) pada Isnin, bagi meraih sokongan terhadap perjanjian sukarela untuk memastikan teknologi itu dibangunkan secara mampan dan menjadi sebahagian daripada penyelesaian kepada pemanasan global.