Lelaki maut, dua cedera kereta terbabas di Bukit Mertajam
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta BMW yang dinaiki mereka dipercayai terbabas sebelum merempuh dua kenderaan di Jalan Baru, Taman Pauh, Bukit Mertajam. Kemalangan awal pagi itu turut melibatkan seorang pejalan kaki yang cedera dan kini menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya.