Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 25 November 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 25 November 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 25 November 2026.

  1. Mahkamah tetapkan 23 Dis sebutan semula kes Mohd Shuhaily

    Majistret Khairatul Animah Jelani menetapkan tarikh itu bagi pengurusan kes selepas pihak pembelaan memaklumkan menerima dokumen berkaitan kes daripada pihak pendakwaan pagi ini.

  2. AS kekal rakan dagang, pelaburan nombor satu Malaysia – PM

    Malaysia mengekalkan dasar luar berkecuali bagi memastikan kepentingan nasional terpelihara serta membolehkan hubungan dengan kuasa besar seperti AS, China dan Rusia.

  3. Belasungkawa: Jenazah A Samad Said selamat dikebumikan

    Jenazah Sasterawan Negara keempat, Datuk Seri A Samad Said, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara sekitar pukul 10.53 pagi.

  4. PRN Sarawak: GPS tampil 11 muka baharu, tiada 'direct candidate'

    Pengerusinya, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ia mewakili 14 peratus daripada jumlah keseluruhan calon yang akan mewakili gabungan tersebut.

  5. PM Anwar mahu ibu bapa hadir ke sekolah untuk terima bantuan RM200

    Bantuan tidak akan diserahkan ke rumah bagi memastikan ibu bapa terlibat dalam perkembangan pendidikan dan sahsiah anak-anak.

  6. Juruterbang TUDM jadi pengangkut dadah dari Lembah Klang ke Sabah

    Setakat ini, 13 individu termasuk tujuh pegawai dan anggota TUDM serta enam orang awam telah ditahan bagi membantu siasatan polis.

  7. Tiada perancangan bubar DUN Pahang - Wan Rosdy

    Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata tiada perancangan untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

  8. Kerajaan setuju pertimbang peraturan ketat kekang lambakan barangan asing

    Kerajaan bersetuju mengambil langkah bagi mengekang lambakan barangan murah menerusi platform e-dagang antarabangsa, khususnya dari China, dengan mempertimbangkan pengenalan peraturan yang lebih ketat.

  9. MCMC saman Google, tuntut ganti rugi RM600 juta atas kandungan memudaratkan dalam talian

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan dua tindakan undang-undang terhadap Google LLC dengan tuntutan ganti rugi keseluruhan RM600 juta berhubung dengan dakwaan kegagalan syarikat itu menangani kandungan dalam talian yang memudaratkan menerusi YouTube.

  10. PRN Sarawak: Abang Jo hargai parti tidak bertanding, kekal kestabilan politik negeri

    Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg merakamkan penghargaan kepada parti-parti politik yang mengambil keputusan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13, khususnya parti yang merupakan rakan dalam Kerajaan Perpaduan.

Must Watch Video

Advertisement