Levi EV bukan penyelesaian, dasar mesra pelaburan lebih diperlukan
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) & Pengasas Bersama SoyaCincau, Amin Ashaari, sebelum memperkenalkan levi, kerajaan perlu menjawab satu persoalan asas iaitu sama ada polisi semasa memudahkan pengendali pengecas mendapatkan kelulusan, akses pembiayaan dan insentif bagi membina lebih banyak stesen pengecas.