LGM serbu premis jual sarung tangan getah, 50 tan dirampas
Lembaga Getah Malaysia (LGM) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) menyerbu sebuah premis di Permatang Pauh, hari ini yang dipercayai aktif menjalankan aktiviti membeli, menyimpan dan menjual sarung tangan getah yang ditolak serta sarung tangan getah sekerap tanpa permit sah.