Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 November 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 November 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 November 2026.

  1. Malaysia dijangka terima kesemua 18 jet pejuang FA-50M menjelang Mac 2028

    Dua pesawat telah diterima setakat ini, manakala empat lagi dijadual tiba pada April tahun depan.

  2. PM Anwar mahu peraturan sekat kebebasan mahasiswa bersuara dimansuhkan

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu peraturan yang menyekat kebebasan mahasiswa untuk menyuarakan pandangan, memberi teguran dan mengkritik kepimpinan negara dimansuhkan.

  3. Astro AWANI raih anugerah 'Aplikasi AI Audio Terbaik' di Asian Television Awards 2026

    Astro AWANI memenangi anugerah Best AI Application (Audio) di Asian Television Awards ke-31 menerusi karya "Semboyan Berlagu" untuk liputan PRN Sabah.

  4. MB Negeri Sembilan, 10 Exco tarik balik surat, sokong Tuanku Muhriz

    Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim bersama 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri menarik balik surat persembahan maklum kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bertarikh 17 Sept 2026 berhubung kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

  5. Shuhaily masih Ketua Pengarah AKPS, PDRM belum terima arahan lanjut - KPN

    Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain masih menjalankan tugas seperti biasa susulan tiada sebarang arahan lanjut berhubung kedudukannya. 

  6. PRN Melaka: Polis kemuka 32 kertas siasatan kepada AGC

    Polis telah mengemukakan 32 kertas siasatan berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) dan kini menunggu arahan lanjut.

  7. Keputusan senarai 43 jenis sukan pada Sukan SEA 2027 dibuat secara kolektif - MOM

    Keputusan mempertandingkan 43 jenis sukan pada Sukan SEA 2027 di Malaysia dibuat secara kolektif dan dipersetujui kesemua 11 negara anggota Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF), kata Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

  8. PRN Melaka: DAP akui kelemahan, PH bakal bedah siasat kekalahan

    Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan bedah siasat secara mendalam dan terbuka susulan prestasi gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

  9. PRN Melaka: BN-PN kuasai 24 kerusi, PH menang empat DUN - SPR

    Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menguasai 24 daripada keseluruhan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, manakala Pakatan Harapan (PH) memenangi empat kerusi.

  10. PM Anwar ucap tahniah kepada BN atas mandat rakyat Melaka

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas mandat yang diberikan rakyat Melaka.

Must Watch Video

Advertisement