LHDN serbu tiga premis milik bekas kepimpinan tertinggi TH
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada Jumaat menyerbu tiga premis dikaitkan dengan bekas kepimpinan tertinggi Lembaga Tabung Haji (TH) susulan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung institusi itu.
Sumber yang rapat dengan kerajaan memaklumkan kepada Astro AWANI bahawa serbuan itu membabitkan sebuah premis yang dikaitkan dengan bekas Pengerusi TH di Jalan Kampung Attap, Kuala Lumpur.