Syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa dijangka mengendalikan lebih separuh penerbangan berjadualnya walaupun berdepan mogok dua hari oleh kesatuan juruterbang Vereinigung Cockpit (VC) pada Khamis dan Jumaat.
Tindakan mogok itu melibatkan penerbangan penumpang dan kargo dari semua lapangan terbang di Jerman sebagai tekanan dalam rundingan isu pencen.