Skip to main content
Advertisement
Malaysia berisiko hadapi El Nino Super seperti 1997-1998

Malaysia berisiko hadapi El Nino Super seperti 1997-1998

Potensi fenomena El Nino mencapai kategori sangat kuat atau El Nino Super antara Oktober dan Disember kini melebihi 90 peratus.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Mohd Hisham Mohd Anip berkata, konfigurasi iklim global terkini menunjukkan fenomena El Nino 2026-2027 berpotensi menjadi antara paling ekstrem pernah direkodkan.

Ia dijangka melepasi atau sekurang-kurangnya menyamai impak El Nino sangat kuat pada 1997 hingga 1998 serta 2015 hingga 2016.