Skip to main content

Malaysia

Raja Permaisuri Agong berangkat ke Turkiye sempena COP31

Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Antalya, Turkiye bagi Persidangan Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP31). - Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Advertisement

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Antalya, Turkiye bagi Persidangan Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP31).

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, turut mengiringi Raja Permaisuri Agong ialah Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

Terdahulu, pesawat khas Seri Paduka Baginda berlepas dari Hangar Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor pada 9 pagi.

Advertisement

Persidangan antarabangsa itu yang berlangsung pada 9 hingga 20 Nov menghimpunkan pelbagai negara dalam usaha menangani isu iklim global.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement