Maritim Malaysia jamin keselamatan pelancongan maritim sempena TMM 2026
Maritim Malaysia memberi jaminan keselamatan pelancongan maritim berada dalam keadaan terkawal menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026. Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli Abdullah berkata kesiapsiagaan tinggi dilaksanakan, termasuk pencegahan awal dan pemantauan keselamatan di pulau peranginan, laluan feri dan lokasi rekreasi laut. Sepanjang 2025, Maritim Malaysia melaksanakan 256 operasi CARILAMAT dengan 1,768 mangsa berjaya diselamatkan. Agensi itu turut menyambut ulang tahun ke‑21 sebagai simbol komitmen menjaga keselamatan perairan negara.