TMM 2026: Malaysia perlu strategi lebih anjal depani risiko global
Malaysia meletakkan sasaran 47 juta pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 sebagai pemacu ekonomi. Namun dalam keadaan geopolitik dunia yang tidak menentu, situasi ini menilai sejauh mana strategi negara mampu menyesuaikan diri, memastikan daya tahan industri, dan menjamin manfaat ekonomi terus sampai kepada pemain industri serta rakyat.