Menteri Luar Iran, Seyed Abbas Araghchi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri sambil merakamkan penghargaan kepada Malaysia, Indonesia dan Brunei atas solidariti mereka terhadap Iran. Hantaran di platform X itu turut mengecam tindakan Amerika Syarikat dan Israel, serta mencerminkan usaha Tehran mengukuhkan sokongan serantau di tengah konflik Asia Barat.