Skip to main content

Dunia

Mahkamah Rusia denda Google, Telegram AS$226,000 berikutan kandungan dilarang

Google didenda kerana gagal memadamkan maklumat yang memburuk-burukkan Angkatan Tentera Rusia dan institusi negara berkenaan. - Foto fail/REUTERS
Google didenda kerana gagal memadamkan maklumat yang memburuk-burukkan Angkatan Tentera Rusia dan institusi negara berkenaan. - Foto fail/REUTERS
Advertisement

ISTANBUL: Sebuah mahkamah di Rusia mengenakan denda berjumlah 18.4 juta ruble (kira-kira AS$226,000) terhadap Google dan platform pemesejan Telegram pada Selasa kerana gagal memadamkan kandungan yang dilarang, lapor Agensi Anadolu.

Mahkamah Daerah Tagansky di Moscow membuat keputusan itu berhubung kes pentadbiran yang difailkan terhadap dua gergasi teknologi berkenaan.

Mahkamah memerintahkan Telegram membayar denda 14.6 juta ruble (AS$179,000) bagi tiga kesalahan kerana gagal menurunkan bahan yang dilarang, manakala Google didenda 3.8 juta ruble (AS$47,000).

Advertisement

Telegram dikenakan penalti kerana tidak memadamkan kandungan berkaitan perekrutan bagi sebuah organisasi pengganas yang diharamkan di Rusia serta sebuah buku yang diklasifikasikan sebagai bahan ekstremis oleh pihak berkuasa.

Sementara itu, Google didenda kerana gagal memadamkan maklumat yang memburuk-burukkan Angkatan Tentera Rusia dan institusi negara berkenaan.

Advertisement

Mahkamah Rusia berulang kali mengenakan denda terhadap platform internet asing, termasuk Google dan Telegram, kerana gagal memadamkan kandungan terlarang serta mematuhi obligasi kawal selia tempatan.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement