NADMA perkukuh tindakan jerebu, keselamatan murid diutamakan
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menggesa Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) mempergiat tindakan menangani jerebu menerusi pemantauan kualiti udara dan penyelarasan antara agensi. Keselamatan murid menjadi keutamaan, manakala keputusan berkaitan pengoperasian sekolah tertakluk kepada garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta penilaian keadaan semasa.