Malaysia muncul sebagai peneraju global dalam pasaran aset digital patuh Syariah selepas Luno menjadi bursa pertama di dunia menawarkan Ethereum staking yang disahkan patuh Syariah. Dengan peluasan kepada Solana dan Cardano, Malaysia kini berada di landasan kukuh sebagai hab rujukan dunia bagi integrasi teknologi blockchain dan kewangan Islam.