Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menjelaskan, pandangan yang disuarakannya dalam mesyuarat rasmi Lembaga Pengampunan, Jumaat lalu berhubung pengampunan Datuk Seri Najib Razak dibuat secara jujur dan berterus terang, berlandaskan hati nurani serta demi kepentingan negara.