Pantau Belanjawan: Malaysia sasar pelawat ‘high value’, mampukah direalisasikan?
Malaysia kini mahu beralih daripada mengejar jumlah pelancong kepada menarik pelawat berbelanja tinggi melalui pendidikan, MICE dan pengalaman premium. Persoalannya, sejauh mana kesiapsiagaan dari segi infrastruktur, kualiti perkhidmatan dan pelaksanaan mampu menyokong lonjakan ini, ketika persaingan serantau semakin sengit?