Pantau Belanjawan: Agihan pendapatan Malaysia | Menilai sistem yang adil
Malaysia ketika ini menyaksikan hanya sekitar 30% daripada keuntungan diagihkan kepada pekerja, berbanding hampir separuh di negara maju seperti United Kingdom dan Jerman. Peningkatan kos sara hidup yang berterusan menimbulkan persoalan sama ada struktur agihan ini masih relevan atau sudah tiba masanya untuk dinilai semula.