Pelantikan undang Sungai Ujong dipersoal, didakwa tidak sah
Pelantikan Muhammad Faris Johari sebagai Undang Luak Sungai Ujong yang baharu didakwa tidak sah dan bercanggah dengan aturan adat Sungai Ujong, susulan ketiadaan persetujuan sebulat suara daripada Ibu-Ibu Soko Waris Klana Hulu dan Klana Hilir serta Datuk-Datuk Lembaga Adat Sungai Ujong. Kenyataan rasmi Lembaga Adat turut menegaskan bahawa hanya pihak yang sah mengikut adat mempunyai kuasa menentukan pelantikan Undang, sekali gus menimbulkan percanggahan dengan pelantikan yang dibuat pada 22 April lalu.