Pemandu melawan arus Jalan Klang Lama ditahan, akan didakwa hari ini
Seorang lelaki berusia 32 tahun yang tular memandu melawan arus di Jalan Klang Lama menyerah diri kepada JSPT Kuala Lumpur. Suspek didapati memandu sejauh 500 meter kerana tersalah jalan. Ujian alkohol dan dadah negatif, dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.