Pemansuhan AUKU perlu disusuli reformasi universiti
Pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) tidak menjamin kebebasan akademik sekiranya perubahan terhadap autonomi, struktur pentadbiran dan budaya institusi pengajian tinggi tidak dilaksana secara menyeluruh.
Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya, Prof Madya Dr Khoo Ying Hooi berpandangan, AUKU bukan satu-satunya sumber sekatan terhadap kebebasan akademik kerana masih terdapat peraturan dalaman universiti, mekanisme tatatertib dan struktur pentadbiran yang perlu diberi perhatian.