Malaysia sangkal dakwaan Indonesia, tidak sewenang-wenangnya gugurkan acara
Keputusan menggugurkan beberapa sukan pada Sukan SEA 2027 bukan dibuat secara unilateral oleh Malaysia, tegas Dr. Mohammed Taufiq Johari.
Menurut Menteri Belia dan Sukan itu, perkara berkenaan melalui proses perbincangan dan persetujuan bersama 11 negara anggota Persekutuan Sukan SEA menerusi Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) masing-masing.