Perkara 33A | Perlu reformasi jawatan TPM - Tun M
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan pelantikan Timbalan Perdana Menteri yang masih berdepan pendakwaan mahkamah.
Menerusi entri terbaharu dalam akaun Twitternya, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berpendapat perlu satu bentuk reformasi terhadap jawatan tersebut.