Pendaftaran pemain naturalisasi, pemain warisan dua perkara berbeza - MFL
Malaysian Football League (MFL) memaklumkan bahawa pendaftaran beberapa pemain oleh kelab Liga Malaysia termasuk Johor Darul Ta’zim (JDT) dibuat mengikut peraturan pertandingan yang ditetapkan, selain menegaskan tindakan demonstrasi oleh sekumpulan individu di hadapan pejabat badan pengelola liga itu tidak wajar.