Penggajian pekerja asing kini sepenuhnya dalam talian
KESUMA melaksanakan urusan permohonan penggajian pekerja asing sepenuhnya secara dalam talian menerusi Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) berkuat kuasa hari ini.
Langkah itu bertujuan mempercepatkan proses permohonan, meningkatkan kecekapan perkhidmatan serta memperkukuh tatakelola pengurusan pekerja asing.