FIFA terima tiga pencalonan bagi pemilihan presiden 2027
FIFA menerima tiga pencalonan bagi pemilihan presidennya pada 2027, dengan penyandang Gianni Infantino bakal dicabar Philippe Diallo dari Perancis dan Kohzo Tashima dari Jepun. Badan induk bola sepak dunia itu pada Khamis memaklumkan, persatuan anggotanya mengemukakan pencalonan berkenaan susulan pengumuman pemilihan yang dikeluarkan Majlis FIFA pada 29 April.