Penunggang maut tercampak 30 meter di Lebuhraya SPE
Seorang penunggang motosikal maut selepas tercampak kira-kira 30 meter ke bawah jambatan dalam kemalangan melibatkan Proton X50 dan dua motosikal di Lebuhraya SPE, Kuala Lumpur. Seorang lagi penunggang dan pembonceng cedera, manakala pemandu SUV ditahan untuk siasatan lanjut.