Lelaki berusia 30-an maut terkena renjatan elektrik
Seorang lelaki maut akibat renjatan elektrik dalam kejadian di saluran kabel utama berhampiran susur keluar Taman Laguna, Pulau Indah, Klang pada Khamis.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan mengenai kejadian pada pukul 4.04 petang.