Piala Dunia FIFA: Haaland hukum Brazil, Norway mara ke suku akhir
Impian Brazil untuk menambah koleksi kejuaraan Piala Dunia FIFA berakhir lebih awal selepas tewas 1-2 kepada Norway dalam aksi pusingan 16 terbaik di Stadium New York New Jersey pada Ahad. Kekalahan itu menyaksikan Norway melakar kejayaan bersejarah apabila mara ke suku akhir kejohanan buat kali pertama.