PM harap usaha diplomasi masyarakat global mampu redakan krisis
Usaha diplomasi masyarakat antarabangsa diharap dapat meredakan ketegangan konflik Amerika Syarikat dan Iran bagi menjamin keamanan, kestabilan dan kesejahteraan sejagat. Harapan itu disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menerima kunjungan hormat sarjana antarabangsa, Profesor Seyyed Vali Reza Nasr.