PM seru manfaatkan Ramadan, bantu rakyat yang terpinggir
Semua lapisan kepimpinan masyarakat dan jentera kerajaan perlu memanfaatkan bulan Ramadan ini bagi menyantuni golongan yang masih terpinggir daripada arus pembangunan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif, masih terdapat kelompok kecil masyarakat yang tidak mendapat manfaat sepenuhnya bantuan itu.