Skip to main content
Advertisement
Polis siasat kematian pelajar SMK Za'ba di asrama

Polis siasat kematian pelajar SMK Za'ba di asrama

Kematian Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, di asrama SMK Za'ba, Kuala Pilah menjadi perhatian ramai susulan dakwaan berlaku unsur buli. Ketua Polis Daerah Kuala Pilah mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan siasatan sedang dijalankan. Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut menggesa siasatan segera, telus serta tindakan tegas diambil sekiranya terdapat unsur jenayah. Dalam perkembangan sama, ADUN Gemencheh dan ADUN Senaling menziarahi keluarga mangsa serta mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat kesimpulan awal sehingga siasatan polis selesai.