PRN Melaka: Hari mengundi dijangka minggu pertama November - Penganalisis
Penganalisis Pilihan Raya, Dr. G. Manimaran berkata hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dijangka akan ditetapkan pada minggu pertama November. Jelasnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) biasanya memilih tarikh lima minggu selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk melaksanakan pengundian. #AgendaAWANI #MelakaMemilih