Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun yakin kadar keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 mampu mencapai sekurang-kurangnya 70 peratus, dengan sasaran antara 70 hingga 75 peratus.
Beliau berkata, pengundi wanita mendahului lelaki dengan kadar keluar mengundi sebanyak 31 peratus berdasarkan data semasa SPR.