PuTERA35: Litar abadi berkembang bersama sokongan MARA
Kejayaan dalam industri kejuruteraan memerlukan kepakaran, inovasi dan sokongan ekosistem yang kukuh. Dalam episod PUTERA35 kali ini, kami menampilkan kisah Litar Abadi, sebuah syarikat tempatan yang membuktikan keupayaan usahawan Bumiputera untuk berkembang dalam sektor kejuruteraan bernilai tinggi. Perjalanan syarikat ini turut diperkukuh dengan sokongan dan pembangunan kapasiti daripada MARA.