Skip to main content

Politik

PRN Sarawak diramal 19 Disember, 14 hari berkempen

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan secara rasmi pada 26 Oktober lalu, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri ke-13 (PRN13). - Gambar fail
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan secara rasmi pada 26 Oktober lalu, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri ke-13 (PRN13). - Gambar fail

Ringkasan AI

  • Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat hari ini dan dijangka mengumumkan tarikh penting Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-13 pada jam 10.00 pagi.
  • Penganalisis menjangkakan pilihan raya akan diadakan pada Sabtu, 19 Disember 2026, dengan penamaan calon diramal pada 5 Disember dan undi awal pada 15 Disember.
  • Tempoh berkempen dijangka selama 14 hari, memberi masa mencukupi kepada parti, calon, dan petugas untuk membuat persediaan rapi.
Advertisement

KUCHING: Bila tarikh Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-13?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat pada hari ini (Jumaat) dan dijangka mengumumkan tarikh-tarikh penting pada jam 10.00 pagi.

Berdasarkan telahan penganalisis dan tinjauan dalam kalangan ahli politik di Sarawak, ramai menjangkakan tarikh pilihan raya akan berlangsung pada Sabtu, 19 Disember 2026.

Advertisement

Ia genap lima tahun sehari selepas pilihan raya Sarawak pada 18 Disember 2021.

Proses penamaan calon diramal pada 5 Disember, manakala undi awal pada 15 Disember.

Advertisement

Kesemua tarikh-tarikh ini kata mereka, adalah berdasarkan trend, terutama jika dikaji pada PRN Sarawak yang lalu.

"Sabtu adalah hari penting yang menjadi kunci kepada pelaksanaan proses demokrasi ini.

"Ini menjadikan waktu berkempen selama 14 hari, sama seperti PRN Melaka selain mengambil kira peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan berakhir pada 17 Disember."

Kata mereka lagi, tempoh hampir sebulan bernula hari ini hingga hari penamaan calon adalah jarak waktu yang cukup untuk membolehkan mana-mana parti dan calon membuat ketetapan untuk bertanding.

"Ia lebih panjang berbanding 16 hari untuk melakukan persediaan dan 12 hari berkempen pada 2021.

"Justeru, tempoh waktu ini amat cukup untuk menyediakan semua pihak; baik calon, parti, petugas kempen dan pelaksana pilihan raya untuk menjadikan pilihan raya ini berjalan lancar."

Untuk rekod, SPR pernah mengiktiraf PRN Sarawak 2021 yang berlangsung sebulan selepas PRN Melaka sebagai yang 'terbaik' pernah diadakan.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan secara rasmi pada 26 Oktober lalu, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri ke-13 (PRN13).

Pengumuman pembubaran itu dibuat Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg setelah mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
 

Must Watch Video

Advertisement