Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 November 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 November 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 5 November 2026.

  1. Isu video tular KLIA: Dua anggota polis saman Shuhaily

    Dua anggota polis yang didakwa dikasari dalam insiden di KLIA pada 28 Sept lalu memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Sepang terhadap Ketua Pengarah AKPS Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

  2. Polis nafi wanita maut terkena renjatan elektrik ketika guna kerusi urut di Kajang

    Polis menafikan dakwaan tular di media sosial kononnya seorang wanita maut akibat terkena renjatan elektrik ketika menggunakan kerusi urut di sebuah pusat beli-belah di Kajang.

  3. Caltex, Petron bayar pampasan ihsan kepada pemilik kenderaan terjejas RON95 - Armizan

    Dua syarikat pembekal bahan api, Petron dan Chevron pemilik jenama Caltex, telah mula melaksanakan pembayaran ganti rugi secara ihsan kepada pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan enjin, susulan isu pencemaran petrol RON95.

  4. Daiso labur RM1.2 bilion, perkukuh aspirasi Malaysia jadi hab logistik dunia - PM Anwar

    Pusat seluas 133,000 meter persegi ini merupakan kemudahan terbesar Daiso di dunia, dilengkapi Sistem Penyimpanan dan Pengambilan Automatik (ASRS).

  5. Jamil Khir cabar tiga tuduhan berkaitan lupus aset Lembaga TH

    Peguam memaklumkan beberapa permohonan akan difailkan, termasuk berkaitan pasport, selepas meneliti dokumen yang diserahkan oleh pihak pendakwaan.

  6. Perjanjian CSA: Tiada masalah dedah kandungan - PM Anwar

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan perjanjian itu tidak bersifat rahsia dan prinsipnya sama seperti perjanjian terdahulu.

  7. Bekas isteri Najib Razak, Tengku Puteri Zainah meninggal dunia

    Bekas isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, dilaporkan telah meninggal dunia.

  8. CSA: “Bila orang buat jadi Dajjal” - Anwar jawab Abdul Hadi

    Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyamakan Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) dengan Dajjal, sebagai tidak wajar.

  9. Kes pemujaan: Aliff Daniel, ibu dan adik selesai lafaz taubat Istitabah 

    Lelaki yang tular susulan tindakannya menyertai ritual agama bertentangan dengan hukum syarak, Aliff Daniel Adli, 21, bersama-sama ibu, Rohizayanti Ramli, 52, serta adik perempuannya, Nur Ranea Ezreen, 19, melafazkan taubat secara terbuka hari ini menerusi Majlis Pengisytiharan Taubat (Istitabah) di hadapan tiga saksi utama.

  10. PRN Melaka: “TH rugi RM10 bilion, saya tahulah, ini bukan tipu” - Anwar

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerugian kira-kira RM10 bilion membabitkan Lembaga Tabung Haji (TH) bukan sekadar dakwaan semata-mata.

 

Must Watch Video

Advertisement