Rakyat jangan panik, Malaysia tidak akan berdepan ‘lockdown’ – Pakar
Rakyat tidak perlu panik. Penganalisis Ekonomi, UniKL Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi menjelaskan Malaysia tidak dijangka berdepan ‘lockdown’ ekonomi seperti ketika COVID-19, meskipun berlakunya tekanan global dan kenaikan kos. Subsidi dan momentum domestik dilihat masih menyokong aktiviti ekonomi negara.