Skip to main content
Advertisement
Rakyat Malaysia dinasihat berwaspada, pantau status terkini

Rakyat Malaysia dinasihat berwaspada, pantau status terkini

Rakyat Malaysia di Bangkok dinasihatkan berhati-hati dan terus berwaspada susulan hujan lebat berterusan serta banjir yang menjejaskan aktiviti harian di seluruh ibu negara Thailand itu, dengan kesemua 50 daerah diisytihar sebagai zon bencana.

Menerusi kenyataan pada Sabtu, Kedutaan Malaysia di Bangkok menggesa rakyat Malaysia yang menetap atau melancong ke bandar raya itu supaya mengikuti perkembangan terkini keadaan cuaca, jalan raya dan trafik serta merancang perjalanan lebih awal.