Banjir Australia | Rakyat Malaysia dinasihat berwaspada
Rakyat Malaysia yang berada di Queensland, Australia dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa.
Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan memaklumkan pihaknya melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Australia sedang memantau rapi keadaan rakyat Malaysia di Queensland.