RHB catat untung bersih RM1.7 bilion separuh pertama 2026
RHB Bank Bhd mencatatkan untung bersih sebanyak RM1.7 bilion pada separuh pertama 2026, meningkat 7.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, disokong pendapatan lebih tinggi, pengurusan kos berkesan dan penurunan Jangkaan Kerugian Kredit (ECL).