Kepelbagaian sektor ekonomi Malaysia menjadi antara faktor utama yang menyokong keyakinan terhadap pertumbuhan positif KDNK suku ketiga (Q3) yang dijadual diumumkan pada 18 November. Prestasi sektor perkhidmatan, pembuatan, pembinaan dan pertanian dilihat terus menyumbang kepada momentum pertumbuhan ekonomi negara.