Saifuddin Nasution akan bertemu Ab Rauf bincang kerjasama
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tidak menolak kemungkinan akan bertemu Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bagi membincangkan kerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).
Naib Presiden PKR itu yang kini melaksanakan tugas-tugas Timbalan Presiden parti berkenaan berkata perbincangan tersebut berkemungkinan berlaku selepas Ab Rauf pulang ke tanah air daripada lawatan kerja di New Zealand.