Skip to main content

Dunia

ASEAN 2026: APT gesa solidariti serantau hadapi krisis global

Zhang Zhu berkata, dunia kini memasuki fasa baharu yang penuh pergolakan dan perubahan, sekali gus menuntut negara di rantau ini mengutamakan kepercayaan serta tanggungjawab bersama berbanding pertimbangan geopolitik. - Foto REUTERS
Zhang Zhu berkata, dunia kini memasuki fasa baharu yang penuh pergolakan dan perubahan, sekali gus menuntut negara di rantau ini mengutamakan kepercayaan serta tanggungjawab bersama berbanding pertimbangan geopolitik. - Foto REUTERS

Ringkasan AI

  • Sidang Kemuncak ASEAN Plus Three Ke-29 menekankan keperluan memperkukuh solidariti serantau dan tanggungjawab bersama menghadapi krisis global akibat konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi.
  • China menyeru negara rantau memperkukuh kepercayaan bersama, memelihara keamanan serta mengurangkan pertimbangan geopolitik demi memastikan mekanisme APT kekal saluran utama kerjasama Asia Timur.
  • Jepun dan Korea Selatan menegaskan kepentingan memperluas kerjasama dalam keselamatan kewangan, makanan, tindak balas bencana dan menangani jenayah rentas sempadan di rantau ini.
Advertisement

MANILA: Sidang Kemuncak ASEAN Plus Three (APT) Ke-29 menggesa solidariti serantau dan tanggungjawab bersama diperkukuh bagi melindungi rakyat daripada kesan krisis global susulan konflik geopolitik, ketidaktentuan ekonomi serta pelbagai risiko yang semakin bertindih.

Menteri Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar China, Zhang Zhu berkata, dunia kini memasuki fasa baharu yang penuh pergolakan dan perubahan, sekali gus menuntut negara di rantau ini mengutamakan kepercayaan serta tanggungjawab bersama berbanding pertimbangan geopolitik.

Beliau berkata, negara-negara di rantau ini perlu memperkukuh kepercayaan bersama serta memelihara keamanan dan kestabilan serantau bagi memastikan mekanisme APT terus berperanan sebagai saluran utama kerjasama Asia Timur.

Advertisement

“Negara-negara di rantau ini perlu melakukan lebih banyak usaha untuk memperkukuh kepercayaan bersama serta memelihara keamanan dan kestabilan serantau.

“Kita memerlukan komitmen bersama yang lebih kukuh dan mengurangkan pertimbangan geopolitik.

Advertisement

“Hanya dengan cara ini, kita dapat memperkukuh peranan mekanisme APT sebagai saluran utama kerjasama Asia Timur, menangani risiko dan cabaran secara bersama, mempercepat integrasi serantau serta memperluas bidang kerjasama baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Sidang Kemuncak APT Ke-29 di sini, pada Selasa.

Sementara itu, Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi berkata, kerjasama serantau berpotensi diperluas dalam bidang keselamatan kewangan, keselamatan makanan, tindak balas bencana dan menangani jenayah terancang rentas sempadan.

Beliau menegaskan Jepun akan terus menyokong kesatuan dan prinsip pemusatan ASEAN, selain memainkan peranan bagi mempererat kerjasama antara Jepun, China dan Korea Selatan serta meningkatkan koordinasi dalam kalangan negara APT.

Takaichi turut berkata, Jepun akan bekerjasama dengan negara-negara di rantau Indo-Pasifik bagi memperkukuh keupayaan berdikari dan daya tahan masing-masing menerusi visi Indo-Pasifik Bebas dan Terbuka (FOIP).

“Menerusi inisiatif ini, Jepun akan bekerjasama rapat dengan negara-negara di seluruh rantau Indo-Pasifik bagi memperkukuh keupayaan berdikari dan daya tahan masing-masing, dengan matlamat bersama untuk menjadi lebih kuat dan makmur bersama,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Presiden Korea Selatan, Lee Jae-myung berkata, persekitaran antarabangsa dan ekonomi ketika ini semakin kompleks serta tidak menentu berbanding ketika mekanisme APT mula ditubuhkan.

“Ketika konflik dan kejutan yang berlaku di sesebuah rantau semakin pantas mengancam kehidupan harian semua pihak, peranan ASEAN Plus Three perlu lebih menyerlah, sebagaimana yang dibuktikan ketika berdepan pelbagai krisis sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, keadaan itu menjadikan kerjasama APT semakin penting dalam memperkukuh keupayaan negara anggota menghadapi cabaran global yang semakin kompleks.

 

 

Must Watch Video

Advertisement