Samsuri berdepan cabaran dalam PAS, 'ulama vs teknokrat'
Pengerusi Perikatan Nasional, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar kini berdepan cabaran besar untuk mengimbangi dua arus utama dalam PAS, kelompok ulama dan teknokrat.
Penganalisis politik Universiti Malaya, Dr. Mohammad Tawfiq Yaakub berpandangan, sebagai pemimpin yang teknokrat, beliau perlu memastikan setiap pendekatan tidak mencetus persepsi bahawa peranan ulama dalam parti semakin terpinggir.