Sekolah di Sabah terima peningkatan akses internet fiber
Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata jumlah sekolah di Sabah yang menggunakan perkhidmatan internet fiber meningkat kepada 1,124 buah berbanding 494 buah pada Julai 2024.
Pada tempoh sama, sebanyak 620 sekolah menggunakan jalur lebar (broadband), manakala 184 sekolah bergantung kepada perkhidmatan satelit.
Usaha memperluas capaian internet fiber itu akan diteruskan bagi meningkatkan kemudahan digital di sekolah, khususnya dalam menyokong penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam pendidikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat